The Best of Dewa 19

The Best of Dewa 19 ialah album koleksi lagu terbaik Dewa 19 yang dikeluarkan pada tahun 1999. Album ini mengandungi lagu-lagu terbaik Dewa 19 semasa Ari Lasso sebagai vokalis , sejak album pertama Dewa 19 (1992) dilancarkan sehingga album keempat Pandawa Lima (1997). Album ini mengandungi 2 buah lagu baharu iaitu "Elang" dan "Persembahan Dari Surga". Album ini adalah album perpisahan Dewa 19 dengan Ari Lasso sebelum digantikan oleh Once Mekel. Pada tahun 2003, Dewa 19 mengeluarkan semula The Best of Dewa 19 dalam bentuk DVD yang mengandungi Kelahiran & Perjalanan Dewa 19 serta 10 klip video, ditambah 1 CD audio dan 1 buku sejarah dan perjalanan Dewa 19. Sejak dikeluarkan pada tahun 1999, album The Best of Dewa 19 telah terjual hampir 1 juta unit. Lagu Elang digunakan sebagai runut bunyi bagi sinetron "Anak Syurga" (SCTV, 2017).